suria

'Dompet Ajaib' Bakal Masuki Pasaran

SEBUAH syarikat teknologi Armenia, Volterman yang berasal dari Armenia melancarkan 'dompet ajaib’ yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih.

Ia mempunyai sistem penggera, pengesan GPS, dan juga kamera yang menangkap gambar sesiapa yang cuba untuk membuka dompet.

Dompet Pintar Volterman bukan sebuah dompet yang biasa.

Ia mempunyai teknologi seperti telefon bimbit anda, termasuk ruangan menyimpan memori  512MB, kamera pengintip, peranti elektronik untuk mengecas telefon, pengesan GPS, sistem penggera, perlindungan RFID, serta kemudahan jalur lebar. 

Namun begitu, luarannya masih sama seperti dompet kulit yang biasa.

Salah satu ciri utamanya adalah adalah sistem penggera sensitif jarak jauh.

Sebaik sahaja anda menghubungkan kad khas dengan telefon pintar anda, penggera keselamatan akan berbunyi setiap kali anda berjauhan dengan dompet.

Oleh itu, anda tidak akan terlupa tentang dompet anda. 

Perkara yang menarik tentang sistem ini adalah sekiranya anda terlupa di mana telefon anda berada, sistem itu akan berbunyi dan memaklumkan  ‘rakan baiknya’ hilang.

KAMERA kecil yang dipasang pada Dompet Pintar Volterman.

Pengesan GPS membenarkan anda menjejaki lokasi dompet di seluruh dunia manakala perlindungan RFID dibina untuk mengelakkan kecurian dan mengesan pencuri. 

Tahap keselamatan dad kredit, pasport dan lesen memandu kini juga terjamin dengan teknologi RFID membolehkan Dompet Pintar Volterman mengelakkan pencuri meniru data atau maklumat menggunakan frekuensi radio.

Dompet berteknologi tinggi itu juga dilengkapi dengan alat pengecas (berkapasiti 2,000mAh ke 5,000mAh) yang membolehkan pengguna mengecas telefon.

Selain itu, ia juga mempunyai ciri Bluetooth 5.0, dan perkhidmatan jalur lebar yang berfungsi di 98 negara dengan harga 10 kali lebih murah dari harga biasa.

Tetapi ciri paling unik adalah kamera pengintipan yang dipasang pada dompet tersebut.

Apabila berada dalam ‘mod hilang’, dompet akan menangkap gambar sesiapa yang cuba membuka dompet. Gambar itu kemudian dihantar ke pemilik dompet menerusi Internet. 

Ciri kamera itu merupakan satu pilihan untuk menjaga privasi pengguna.

“Jika seseorang membuka dompet anda tanpa kebenaran, kamera kecil akan mengambil gambar dan hantar ke telefon bimbit anda,” kata Azat Tovmasyan, pengasas Volterman. 

“Kami telah menghasilkan dompet yang tidak akan hilang. Jika dompet dicuri, anda akan menerima gambar pencuri dengan senang.”

Harga sebenar dompet itu tidak dinyatakan tetapi ia akan mula dijual pada Disember ini. - ODDITY CENTRAL

Volterman

Artikel Sebelum

Trump Pecat Scaramucci

Artikel Berikut

Rusia Usir 755 Diplomat AS

Artikel Lain