suria

Ada Hati Nak 'Paw' Polis

HASRAT seorang lelaki di China mahu memperdayakan anggota polis ternyata tidak kesampaian apabila taktik penipuannya dikesan.

Dalam kejadian yang berlaku di Heifei, wilayah Anhui, seorang lelaki yang tidak dinamakan cuba menipu seorang anggota polis yang memandu sebuah kereta polis dengan mendakwa anggota penguatkuasa itu melanggarnya.

Malah satu rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki berkenaan berbaring di atas jalan raya ketika dihampir oleh kenderaan polis itu.

LELAKI yang cuba menipu anggota polis, bangun selepas menyedari taktiknya dikesan. - Mail Online

Tidak termakan dengan tipu daya lelaki terbabit, anggota polis berkenaan kemudiannya bertindak meminta bantuan bagi membongkar penipuan lelaki itu.

Bimbang ditahan pihak polis, lelaki berkenaan terus bangun dan dipercayai melarikan diri selepas tindakannya untuk menipu terbongkar.

Lelaki itu dipercayai cuba menuduh anggota polis melanggarnya dan mahu meminta pampasan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ditahan atau terlepas. - Mail Online

China, Tipu Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain