suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amazon Sudah Tiba Di Singapura

SYARIKAT perdagangan elektronik Amerika Syarikat, Amazon  secara rasminya melancarkan perkhidmatan penghantaran 'Prime New' di Singapura sekaligus menembusi pasaran pertamanya di Asia Tenggara.

Aplikasi Amazon bersiaran secara langsung di Singapura awal malam Rabu (waktu tempatan) dan 'Prime Now' yang merupakan perkhidmatan agresif yang cuma mengambil masa dua jam sudah boleh digunakan oleh 5 juta populasi rakyat negara itu.

Memetik laporan Tech Crunch, pelancaran itu termasuk "10,000 barangan", namun bukanlah semuanya menawarkan khidmat 'Prime New' kerana ia hanya akan "tiba" tidak lama lagi di Singapura.

Kemasukan Amazon ke Singapura bermakna bakal ada persaingan secara terus dengan Alibaba yang merupakan syarikat pemilik perkhidmatan e-perdagangan berpengkalan di Asia Tenggara iaitu Lazada.

Lazada sendiri menawarkan perkhidmatan premium pada tahun lalu dalam perkongsian perniagaannya dengan Uber, Netflix dan syarikat penghantaran barangan dapur melalui Redmart.

Tidak seperti Amazon, Redmart mengambil masa sekurang-kurangnya sehari untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Amazon

Artikel Berikut

Artikel Lain