suria

Jangan Kerap Tukar Kata Laluan - Pakar Siber

KEKERAPAN menukar kata laluan mengundang risiko peningkatan kes jenayah siber. - REUTERS

LONDON: "Jangan kerap tukar kata laluan."

Demikian saranan yang diberikan oleh Ketua Unit Teknologi Jenayah Siber Britain, Paul Edmonds berhubung menjaga kepentingan pengguna daripada menjadi mangsa godam.

Beliau membangkitkan perkara itu susulan kebanyakan aplikasi, program komputer atau akaun emel yang menerapkan polisi untuk meminta pengguna menukar kata laluan bagi tempoh tertentu bagi mengelakkan kes penggodaman.

Namun Edmonds menjelaskan, dasar sedemikian sebenarnya membuatkan akaun pengguna lebih terdedah kepada jenayah siber sekiranya kerap menukar kata laluan.

"Ini kerana pengguna memilih kata laluan yang lebih lemah kerana tidak mahu memikirkan kod keselamatan yang lebih rumit bagi menjaga keselamatan akaun mereka.

"Hal sedemikian menyebabkan penggodam dapat merungkai kata laluan dengan lebih mudah," katanya menurut laporan portal Mail Online.

Sebagai contoh Edmonds berkata, laman web PayPal tidak pernah meminta penggunanya menukar kata laluan.

"Jika menukar kata laluan dilihat amat penting untuk keselamatan siber, PayPal sudah pasti mengalami kerugian yang besar kerana tidak melaksanakan dasar itu," katanya.

Jenayah Siber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain