suria

Menteri Bimbang Laporan Klinik Perubatan Tradisional Cina Tawar Khidmat Seks

SINGAPURA: Menteri Negara, Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, Chee Hong Tat meluahkan kebimbangan mengenai laporan klinik perubatan tradisional Cina (TCM) digunakan sebagai pusat rumah urut yang menawarkan khidmat seks.

Chee merujuk kepada operasi penguatkuasaan di TCM dan rumah urut tidak berlesen oleh polis pada minggu lalu yang menyebabkan sembilan wanita ditahan.

Sebanyak 15 TCM dan rumah urut tidak berlesen yang beroperasi di Little India, Bukit Batok, Clementi, MacPherson, Sennett Estate dan Upper Paya Lebar diserbu dalam tempoh tiga hari lalu.

Dalam serbuan di TCM, terdapat tukang urut wanita berbanding pengamal perubatan tradisonal yang sebenar.

Ada di antara mereka didapati menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Ahad, Chee berkata pengamal TCM yang membenarkan klinik mereka untuk tujuan tidak bermoral itu telah menjejaskan reputasi industri berkenaan.

"Industri ini, lembaga profesional dan kerajaan perlu bersatu menentang amalan tidak baik itu," katanya.

TCM, rumah urut, khidmat seks

Artikel Lain