suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferrari Bina Litar Lumba Pertama Atas Kapal Pelayaran

HONG KONG: Buat pertama kali, litar lumba Ferrari akan dibina di atas sebuah kapal pelayaran yang bakal menawarkan satu pengalaman perlumbaan di laut terbuka.

Menerusi perkongsian antara Cruise Line Norway dan Jam Tangan Scuderia Ferrari, litar lumba itu adalah sebahagian daripada aktiviti hiburan dan rekreasi untuk menceriakan pelancong.

Dibina di limbungan Meyer Werft di Jerman, kapal dengan kapasiti seramai 3,840 penumpang itu khusus untuk pasaran China.

Ia bakal berada di pelabuhan Shanghai dan Tianjin pada Jun tahun ini.

Litar dua tingkat itu terletak di bahagian atas dek kapal di mana penumpang boleh menaiki go-kart elektrik.

Seramai 10 pelumba boleh menyertai perlumbaan pada setiap masa.

Bagi penumpang kelas tertentu, mereka boleh mencuba pengalaman berkenaan secara percuma.

Ini adalah kali pertama jam tangan Ferrari bekerjasama untuk membina trek go-kart. -South China Morning Post

Ferrari

Artikel Berikut

Artikel Lain