suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Pandu Kereta 'Sport' Terbabit Kemalangan Didakwa Di Mahkamah

-foto ST/MrDesmond

SINGAPURA: Seorang pemandu remaja dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu lain di tempat letak kereta Kallang Leisure Park Mall pada Ogos tahun lepas.

Herman Shi Ximu, 19, sedang memandu kereta jenis Nissan GTR kira-kira pukul 5.45 petang pada 27 Ogos di ruang letak kereta terbuka di Kallang Walk apabila dia didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Teong Hien Sing, 66, dengan memandu secara ganas sehingga membahayakan nyawa.

Shi didakwa gagal berhenti di garisan berhenti dan memberi laluan kepada kenderaan lain apabila meneruskan memandu ke depan, menyebabkan perlanggaran dengan kereta jenis Toyota yang dinaiki Hien Sing yang datang dari arah kiri Shi.

Hien Sing mengalami kecederaan serius di bahagian tulang rusuk.

Shi yang tidak diwakili peguam, menunjukan bahawa diaingin mengaku bersalah. Dia akan kembali ke mahkamah pada 8 Mei.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun dan/atau denda sehingga S$10,000. -The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain