suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Tahan Malu Tangan Tersekat Lubang Tandas

NEW YORK: Seorang wanita mengalami detik-detik memalukan apabila terpaksa diselamatkan bomba selepas sebelah tangannya tersangkut pada lubang tandas di rumahnya.

Portal Mirror melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Gracie Henderson baru berpindah ke rumah baharu dan mahu menyelesaikan masalah tandas tersumbat.

Namun dia tidak mempunyai pelocok tandas, sebaliknya menggunakan tangannya untuk membersihkan lubang tandas tersebut.

Bagaimanapun tindakannya itu memakan diri apabila tangan kanannya tersangkut pada lubang tandas dan dia terpaksa menebal muka menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Anggota penyelamat bergegas ke rumah mangsa di New Caney dekat Houston dan mereka tidak mempunyai pilihan selain membawa keluar tandas bersama Henderson keluar rumah bagi memudahkan operasi menyelamat.

Pihak bomba menggunakan penukul untuk memecahkan tandas itu bagi mengeluarkan tangan Henderson.

Lebih memalukan lagi, jiran-jiran Henderson turut berkumpulan untuk menyaksikan operasi menyelamat itu.

Bagaimanapun Henderson tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia tidak kisah apabila video kejadian itu tersebar dalam internet serta ditonton beribu-ribu kali.

Sangkut Tandas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain