suria

'Remaja Kulit Hitam, Anjing Tidak Boleh Masuk'

NOTIS berbaur perkauman yang dipasang oleh seorang pemilik kedai di Melbourne. - Mirror

SYDNEY: Pihak polis Australia menyiasat dakwaan tentang seorang pemilik kedai meletakkan notis berbaur perkauman yang digantung di tingkap kedainya dengan melarang remaja berkulit hitam memasuki premis itu.

Siasatan itu dijalankan selepas penularan gambar yang menunjukkan notis tersebut di sebuah kedai di Melton dekat Melbourne, Australia.

Ia tertulis," Disebabkan remaja berkulit hitam berusia 14-18 tahun sentiasa mencuri. Larangan buat remaja berkulit hitam 14-18 tahun dan ajing memasuki kedai."

Notis itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan kenyataan pemilik kedai terbabit sebagai 'jenayah kebencian' dan ramai menggelar perbuatan tersebut sebagai menjijikkan.

Menurut portal Mirror, papan tanda terbabit yang dipercayai dipasang oleh pemilik kedainya yang berasal dari negara Asia.

Dia dilapor menyiarkan rakaman beberapa remaja mencuri dari kedainya dan bertindak memasang papan tanda tersebut bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Pihak Polis Victoria mengesahkan pihaknya menerima laporan tentang perkara tersebut dan siasatan masih dijalankan.

"Pihak polis melarang penggunaan poster dengan bahasa yang kurang sopan," jelas kenyataan pihak berkuasa.

Papan Tanda Perkauman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Saya Tidak Tahan Lagi'

Artikel Lain