suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Cedera Serangan Asid Di London

LONDON: Seramai 12 orang cedera dalam serangan asid di sebuah kelab malam yang penuh dengan pengunjung di London pada Isnin.

Jurucakap bomba London memberitahu AFP, sejenis cecair dilemparkan ke Mangle, sebuah kelab malam yang terletak di timur London, awal pagi Isnin.

Hasil pemeriksaan mengklasifikasikan cecair tersebut sebagai cecair berasid.

Kira-kira 600 pengunjung berada di kelab malam itu semasa insiden berlaku.

"Seramai 12 individu menunjukkan tanda-tanda berpunca daripada cecair berasid itu dan dirawat di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans," kata jurucakap tersebut.

Polis dalam satu kenyataan berkata tahap kecederaan yang dialami 12 mangsa tidak mengancam nyawa.

Malah polis turut menolak insiden itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

serangan asid, kelab malam, London

Artikel Lain