suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan Ditinggalkan Ibu Bapa Dalam Pesawat

BEIJING: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun ditinggalkan ibu bapanya di dalam sebuah pesawat di selatan China selepas pasangan terbabit keluar dari pesawat itu tanpa anak mereka.

Budak perempuan itu ditemui sedang tidur oleh seorang anak kapal yang memerika kabin pesawat selepas penerbangan dari Chengdu di wilayah Sichuan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou pada awal pagi Selasa.

Seorang anak kapal pesawat itu memberitahu akhbar Information Times bahawa budak perempuan tersebut menaiki pesawat berkenaan bersama ibu bapanya.

Namun dia duduk sendirian di tempat duduk penumpang bahagian belakang semasa penerbangan itu.

Ketika budak perempuan itu terbangun, dia menyedari kedua-dua ibu bapanya sudah tiada dalam pesawat bersama penumpang lain.

Ibu bapa budak itu dipercayai menuju ke balai ketibaan dengan menggunakan bas pengantara.

Bapa budak perempuan itu berkata dia menjangkakan anaknya akan mengikut mereka memandangkan mereka perlu mengambil bagasi di balai ketibaan.

Budak perempuan itu akhirnya bersatu semula dengan ibu bapanya kira-kira 20 minit selepas dia ditemui tertinggal di dalam pesawat.

tertinggal, pesawat, selatan China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain