suria

Rempuhan Trak: Enam Lagi Suspek Ditahan

Polis mengawal lokasi insiden rempuhan trak di tengah Stockholm. Foto AFP

ENAM lagi suspek ditahan berhubung insiden rempuhan sebuah trak yang mengorbankan empat nyawa pada Jumaat lalu.

Penahanan dibuat selepas pasukan polis mengadakan serbuan kira-kira 19 kilometer dari lokasi kejadian.

Media tempatan melaporkan tiga orang ditahan dari sebuah kereta kerana dikaitkan dengan serangan itu.

Pasukan polis kemudiannya menyerbu sebuah flat di pinggir Varberg dan menahan tiga orang.

Terdahulu, seorang lelaki warga Uzbekistan berusia 39 tahun ditahan selepas disyaki merancang serangan, dan terdapat propaganda ISIS di dalam komputer ribanya.

Polis turut mengesahkan bahawa bom buatan sendiri itu ditemui di luar trak.

Lelaki yang ditahan dipercayai pemandu kenderaan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mangsa pertama dalam serangan itu dikenal pasti sebagai kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. - Mail Online

Artikel Berikut

Artikel Lain