suria

Peluru Berpandu Korea Utara Capai Jarak 60Km

Gambar Hiasan

SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang mencapai jarak sejauh kira-kira 60 kilometer.

Pelancaran itu bermula dari pantai timur ke dalam laut di luar Semenanjung.

"Ia dilancarkan dari Sinpo, sebuah bandar pelabuhan di pantai timur Korea Utara dan berjaya mencapai jarak sejauh kira-kira 60 kilometer," kata Pejabat Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam kenyataan ringkas.

Ia dibuat menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping untuk membincangkan program senjata Pyongyang.

Sinpo adalah tapak pangkalan kapal selam Korea Utara.

Korea Utara cuba melancarkan peluru berpandu balistik dua minggu lalu dari pantai timur dan melancarkan empat peluru berpandu ke arah Jepun awal Mac lalu, sebahagiannya menjangkau jarak sejauh 300 kilometer ke pantai Jepun.

Sebarang bentuk pelancaran objek menggunakan teknologi peluru berpandu balistik adalah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, Korea Utara tetap melanggar larangan itu dengan alasan menjaga hak kedaulatan, mempertahankan diri serta untuk tujuan penerokaan angkasa lepas. - Reuters

Korea Utara, Trump, Sinpo

Artikel Lain