suria

Suspek Pengeboman Rusia Dikenal Pasti

Akbarzhon Jalilov

MOSCOW: Suspek kes pengebomban yang membunuh 14 nyawa di stesen kereta api Saint Petersburg merupakan lelaki kelahiran Kyrgyzstan yang memperoleh kerakyatan Rusia.

Agensi keselamatan Kyrgyzstan dalam laporannya, menamakan suspek sebagai Akbarzhon Jalilov yang lahir di Osh pada 1995.

Bagaimanapun terdapat percanggahan maklumat yang masih belum dapat memastikan sama ada suspek merupakan pengebom berani mati.

Media Kyrgyzstan melaporkan, agensi keselamatan negara itu bekerjasama dengan agensi perisikan Rusia untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pengeboman yang berlaku pada Isnin.

Pihak berkuasa di Saint Petersburg juga mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari ekoran tragedi berkenaan.

Angka kematian meningkat daripada 11 kepada 14 orang pada pagi Selasa selepas tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Setakat ini, tiada lagi pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan berdarah itu ketika pemimpin seluruh dunia mengutuk insiden itu sebagai perbuatan yang kejam.

Rusia Bom

Artikel Berikut

Artikel Lain