suria

Nenek Isi Ikan, Barang Dapur Dalam Beg LV

GAMBAR HIASAN

TAIPEI: Seorang nenek di Taiwan mencetuskan kisah lucu dalam kalangan netizen di negara itu apabila menggunakan beg berjenama Louis Vuitton yang dihadiahkan oleh cucunya untuk mengisi barangan dapur dan ikan di dalamnya.

Menerusi perkongsian dalam rangkaian sosial Dcard, cucu wanita itu menceritakan tentang neneknya yang tidak mengetahui beg berkenaan adalah sebuah beg berjenama antarabangsa Louis Vuitton.

Cucu wanita tersebut, berkata, dia menghadiahkan beg tangan baharu dan mahal itu kerana berasa kasihan melihat neneknya menggunakan beg sama sejak sekian lama.

Malah neneknya mengakui dia menyukai beg baharu itu kerana ia kalis air dan sedikit berat.

Beg tangan Louis Vuitton 'Neverfull' kebiasaanya dijual dengan harga £900 (RM4,982).

Cucu wanita itu mengakui dia terkejut dengan tindakan neneknya menggunakan beg mahal itu mengisi ikan tetapi tidak menyalahkan perkara tersebut, sebaliknya tumpang gembira kerana neneknya menyukai pemberian berkenaan.

"Tidak hairanlah beg LV mempunyai reputasi yang baik, ia tahan lama dan sangat tahan lasak!

"Saya memeluknya dan mengingatkan dia supaya membawa saya sekali jika mahu ke pasar" tulisnya seperti dilaporkan portal Strait Times.

Kisah wanita tersebut disukai lebih 31,000 kali.

Beg LV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain