suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Puluhan Dilapor Hilang Di Jawa Timur

Gambar hiasan tanah runtuh.

JAKARTA: Tiga puluh lapan orang disahkan maut dan puluhan lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Desa Banaran, Pulung di Ponorogo, Jawa Timur pada Sabtu.

Menurut laporan beberapa media dalam talian yang memetik Komandan Komando Daerah Tentera Ponorogo, Slamet Sarjianto, jumlah mangsa terkorban adalah berdasarkan laporan yang diterima sebaik operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejurus kejadian pada tengah hari Sabtu.

"Menurut keterangan warga, sebanyak 38 orang termasuk 16 pekerja ladang halia tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu," katanya.

Slamet berkata runtuhan tanah itu menimbus 30 buah rumah di kawasan bukit berkenaan yang diteroka penduduk sebagai ladang halia sejak bertahun-tahun lalu.

Beliau juga berkata susulan kejadian, ratusan penduduk Desa Banaran telah dipindahkan ke kawasan selamat dan pihak berkuasa menyediakan khemah sementara untuk mereka.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat secara manual bagaimanapun dihentikan sejak 5 petang tadi (waktu tempatan) bagi menunggu bantuan jentera berat untuk membersihkan runtuhan tanah tersebut.-Bernama

Tanah Runtuh, jawa timur

Artikel Lain