suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran Milik Gerrard, Giggs Kotor

RESTORAN milik pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Steven Gerrard dan Ryan Giggs mendapat penilaian paling teruk melibatkan aspek kebersihan.

Agensi Piawaian Makanan memutuskan Vincent's Cafe dan Cocktail Bar milik Gerrard mendapat markah sifar daripada jumlah lima untuk tahap kebersihan.

Markah rendah itu bermakna langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki persekitaran restoran di Liverpool itu.

Dibuka pada Jun 2015 dengan rakannya yang juga pengusaha restoran, Paul Adams.

Sementara itu, George's Dining Room and Bar di Worsley milik Giggs pula mendapat dua daripada lima markah penuh, lapor akhbar The Sun.

Bekas pemain Manchester United itu membuka restorannya pada 2014 bersama Kelvin Gregory dan Bernie Taylor.

Restoran itu dinamakan sempena arkitek terkemuka, Sir George Gilbert Scott yang merekabentuk banyak bangunan sekitar Worsley.

Jurucakap agensi itu berkata, langkah perlu diambil untuk memastikan makanan yang dihidangkan selamat dimakan pelanggan. - DailyMail

Gerrard, Giggs, Vincent's Cafe

Artikel Berikut

Artikel Lain