suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Geun-hye Adakan Demonstrasi Di Seoul

Pserta demonstrasi membawa bersama patung replika Geun-hye.

KOREA SELATAN: Ribuan penyokong Park Geun-hye mengadakan demonstrasi di Seoul pada Sabtu bagi menuntut pembebasan bekas presiden negara itu.

Polis Seoul merancang untuk menempatkan lebih 10,000 anggotanya bagi memantau perhimpunan dekat City Hall bagi berdepan sebarang risiko yang tidak diingin.

Penyokong dan kumpulan anti Geun-hye masing-masing mengadakan demonstrasi jalanan di Seoul sejak kebelakangan ini.

Park dipenjarakan pada Jumaat berhubung tuduhan rasuah.

Puluhan penyokong Geun-hye berhimpun di luar pusat tahan pada Jumaat dengan ada di antara mereka menangis dan berikrar untuk melindunginya.

Dalam pada itu, tiga dilaporkan maut dalam insiden keganasan antara penyokong Geun-hye dan polis pada 10 Mac lalu.

Insiden itu berlaku selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan presiden.

Geun-hye adalah presiden wanita yang pertama dipilih pada tahun 2012 dengan mendapat sokongan kukuh daripada Konservatif.

Korea Selatan akan mengadakan pilihan raya pada Mei ini untuk memilih pengganti Park.

Korea Selatan, Park Geun-hye

Artikel Sebelum

Artikel Lain