suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Derma Gaji RM1.7 Juta

WASHINGTON: Walaupun dikritik dan dikecam teruk sejak bergelar Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tetap menunaikan janjinya untuk mendermakan semua gaji kepada badan kebajikan pada hujung tahun ini.

Jurucakap White House, Sean Spicer berkata pada Isnin, Trump menyerahkan tugas untuk mencari pihak yang layak menerima derma tersebut kepada jabatan media White House dan pihak akhbar yang sering mengkritiknya.

"Presiden mahu mendermakan gajinya pada hujung tahun ini.

"Beliau meminta anda menyalurkan idea untuk mendermakan wang tersebut," katanya.

Presiden AS layak menerima gaji sebanyak AS$400,000 setahun (RM1.7 juta) dan Trump sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mendermakan gajinya kepada rakyat negara itu.

Selain Trump, dua lagi Presiden AS, Hebert Hoover dan John F. Kennedy turut mendermakan gaji mereka untuk tujuan kebajikan. - AFP

Donald Trump

Artikel Lain