suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Yang Dibunuh Bukan Jong-nam, Dakwa Pyongyang

Gambar fail Kim Jong-nam.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Wakil tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan lelaki yang dibunuh di Malaysia adalah abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Malah kata Kim In-ryong, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan patut dipersalahkan di atas pembunuhan itu.

Bercakap kepada media pada Isnin, In-ryong berkata, kes pembunuhan itu adalah "produk kepada langkah melulu pihak berkuasa AS dan Korea Selatan yang bertujuan untuk mencemar imej dan maruah" Korea Utara serta "meruntuhkan sistem sosialis".

In-ryong berkata demikian pada sidang media berhubung pembunuhan itu bagi mengecam kenyataan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini yang mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara sebagai mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau mengakui lelaki yang diracun sehingga maut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) adalah warganegara Korea Utara yang memegang pasport diplomatik.

"Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan menyalahkan Korea Utara dengan menegaskan bahawa lelaki itu diracun menggunakan agen saraf VX," kata In-ryong yang merujuk kepada mangsa yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada Jong-un.

Duta itu berkata, Washington mahu mengumpul sokongan antarabangsa menentang Korea Utara bagi mencetuskan perang nuklear dengan apa cara pun.

Beliau mempersoalkan dari mana dua penyerang Jong-nam memperoleh agen saraf berbahaya terlarang itu, sambil merujuk kepada AS memiliki "simpanan" kepada senjata haram itu.

In-ryong turut memberitahu bahawa penegasan AS dan Korea Selatan bahawa kedua-dua penyerang tidak mendapat kesan apabila menggunakan VX ke atas mangsa sebagai "tidak masuk akal". - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain