suria

Timbul Isu 'Rasis' Isteri Profesor Dikatakan Pengasuh

HONG KONG: Ketika Profesor Robert Kelly diganggu oleh dua anaknya ketika temubual secara langsung dengan BBC, isterinya dari Korea Selatan, Jung-a Kim dilihat tergesa-gesa mengheret dua kanak-kanak itu keluar dari bilik dan menutup pintu.

Berdasarkan komen awal di media sosial, ramai yang menganggap Kim adalah pengasuh, bukan isterinya, hanya kerana dirinya kelihatan seperti seorang wanita muda dari Asia.

Beberapa media juga telah membuat kesilapan, seperti Time.com yang menjelaskan: "Episod ini sampai ke kemuncaknya apabila pengasuhnya kelam-kabut, tak ubah seperti kartun menarik keluar kanak-anak itu dari bilik."

Taikun media itu kemudian menjelaskan bahawa wanita itu adalah isteri Kelly, Jung-a Kim.

Video itu, yang kini telah ditonton berjuta-juta kali telah menimbulkan perdebatan, kerana sesetengah netizen melihat tindakan itu sebagai rasis dan mencerminkan pemikiran stereotaip yang masih berakar umbi dalam minda ramai orang.

Pengguna twitter @ShanaazMohammed menyiarkan gambar Kelly bersama isteri dan anak perempuan mereka dan berkata: "Ramai orang merujuk isteri Prof Robert Kelly, Jung-a Kim, sebagai 'pengasuh'. Nah ini gambar mereka."


"Jika anda secara automatik 'fikir isteri Professor Robert E Kelly dari Asia adalah pengasuhnya, berhenti daripada menjadi 'pengikut' saya. Anda rasis. Selamat tinggal," tulis @RenagadeGirl di Twitter pada 10 Mac.

"Saya rasa sedih bagi pihak isteri Robert Kelly. Separuh dunia berfikir dia adalah pengasuh kanak-kanak," tulis Sarah D. Janjua di Twitter pada 11 Mac ketika perkara ini hangat diperdebatkan.

Namun, episod tersebut dianggap lucu oleh ibu Kelly, Ellen Kelly, di mana cucunya itu mungkin berfikir bapa mereka sedang berbual dengan datuk dan nenek mereka di Korea Selatan melalui Skype.

"Ia telah berlaku. Pengajarannya, lain kali kunci pintu," katanya.

Satu carian di Facebook menunjukkan Robert Kelly mengajar sains politik di Pusan National University in Busan, Korea, tempat di mana beliau tinggal bersama isterinya, seorang guru yoga, dan dua anak mereka, Marion, 4, dan James. -China Daily/Asia News Network

Artikel Lain