Bahagian Di London Dipindahkan Selepas Satu Letupan Kecil - Dunia | mStar

Bahagian Di London Dipindahkan Selepas Satu Letupan Kecil

-foto Nick Edell
SEBAHAGIAN kawasan di London terpaksa dipindahkan selepas berlaku satu letupan 'gas atau elektrik' pada waktu puncak.

Polis telah melakukan sekatan jalan di Soho dan melakukan pemindahan bangunan berikutan letupan itu yang berlaku di Rupert Street.

Letupan tersebut, yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat, menyebabkan kerosakan kaki lima luar bangunan.

Ia telah disahkan berpunca sama ada dari gas atau elektrik.

Polis berkata kejadian itu tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.

Orang awam turut menulis di Twitter tentang letupan yang berlaku.

Stephen MacDonald menulis: "OMG satu letupan gas baru saja berlaku di bangunan sebelah kami di Soho!'


Nick Edell menulis: "Letupan di Rupert Street dan pejabat telah dipindahkan. Satu cara untuk menyambut hujung minggu.

Jurucakap polis berkata, para pegawai kini berada di tempat kejadian.

"Polis telah dihubungi berhubung laporan letupan kecil di premis di Archer Street, W1. Pegawai dan pasukan Bomba London kini di tempat kejadian.

"Pada peringkat ini tidak ada laporan kecederaan. Letupan itu telah menyebabkan beberapa kerosakan di kaki lima luar bangunan.

"Penutupan jalan tempatan telah dibuat untuk menilai tempat kejadian. Pejalan kaki dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan itu."
letupan London , Soho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati