suria

'Adakah Anda Muslim?'

WASHINGTON: Anak lelaki peninju legenda dunia, Mohammad Ali menjadi mangsa diskriminasi Jabatan Imigresen Amerika Syarikat (AS) apabila dia disoal tentang agama dan namanya.

Menurut laporan portal Metro.uk, Muhammad Ali Jr., menjadi sasaran pegawai imigresen di sebuah lapangan terbang di Florida pada awal bulan ini.

"Adakah anda Muslim", antara soalan yang diajukan kepada Ali Jr. dalam kejadian tersebut.

Peguamnya, Chris Mancini berkata, kejadian itu berlaku ketika Ali Jr. dan ibunya, Khaliliah Camacho-Ali, isteri kedua kepada Muhammad Ali, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood pada 7 Februari lalu selepas pulang dari Jamaica.

Khalilah yang mengahwini Muhammad Ali pada 1967, berkunjung ke Jamaica bersama anak lelakinya itu untuk menyampaikan ucapan tentang sejarah masyarakat kulit hitam.

Namun setibanya di AS, Ali Jr. disoal siasat selama hampir dua jam oleh pegawai imigresen.

"Adakah anda Muslim?

"Bagaimana anda mendapat nama ini?" demikian kata Mancini ketika menceritakan semula detik Ali Jr. disoal siasat.

Malah kata Mancini, pegawai imigresen itu berulang kali menyoal soalan yang sama kepada anak guamannya.

Ali Jr. lahir di Philadelphia dan memenang pasport sah AS serta tiada rekod jenayah.

"Perkara ini sangat memalukan.

"Saya tidak faham mengapa (Donald) Trump mendakwa larangan yang dikuatkuasakannya tiada kaitan dengan agama.

"Kita tidak mengamalkan diskriminasi di dalam negara ini berdasarkan agama," kata peguam tersebut.

Susulan kejadian tersebut, Ali Jr dilaporkan sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk abatan Perbendaharaan dan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) ekoran kejadian pada 7 Februari itu.

Sementara itu, agensi Perlindungan Sempadan dan Kastam AS enggan mengulas lanjut berhubung kejadian melibatkan seorang penumpang sahaja tetapi menegaskan kesemua pengunjung ke negara ini yang tiba di lapangan terbang tertakluk kepada pemeriksaan jabatan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain