suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam Indonesia Siap Sedia Bantu Siti Aisyah

Salah satu gambar Siti Aisyah yang diperoleh daripada Facebook miliknya seperti disiarkan Kompas.com.

JAKARTA: Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan menyediakan khidmat bantuan perundangan kepada Siti Aisyah, rakyatnya yang kini ditahan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Kes berkenaan mendapat perhatian apabila abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu maut selepas diserang dua wanita termasuk Siti Aisyah menggunakan cecair beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu.

Setakat ini, empat suspek termasuk Siti Aisyah telah ditahan polis, manakala empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu.

"Saya percaya akses akan diberikan pihak berkuasa Malaysia untuk peguam kita menemui Siti Aisyah, kita tunggu bagaimana nanti," kata wakil Menteri Luar Negero, Abdurrahman Mochammad Fachir di Kompleks Istana Presiden di sini, Selasa, demikian lapor Kompas.com

Fachir berkata, setakat ini, pihak perundangan Indonesia sudah berhubung dengan pihak penyiasat Malaysia berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, peguam terlibat masih belum dapat menemui dan berkomunikasi dengan Siti Aisyah yang kini ditahan reman tujuh hari.

"Kami menghormati peraturan di Malaysia yang menetapkan tujuh hari untuk proses siasatan," katanya.

Fachir menambah, Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi sendiri telah menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkaitan Siti Aisyah.

Malahan, katanya, pihak berkuasa Malaysia telah memberi jaminan untuk terus berkomunikasi dengan Indonesia berhubung kes ini.

"Malaysia sendiri akan memerlukan kita dalam banyak hal seperti maklumat dan data, jadi tentunya akan ada komunikasi dalam hal ini," katanya.



Siti Aisyah, Jong-nam, KLIA2

Artikel Lain