suria

8 Penumpang Lolos Pusat Pemeriksaan Lapangan Terbang AS

FOTO bertarikh 30 Oktober 2014 menunjukkan satu daripada pusat pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York. - AP

NEW YORK: Pihak berkuasa Amerika Syarikat memburu lapan daripada 11 individu yang melepasi pusat pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini pada Isnin.

Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang New York dan New Jersey, Joe Pentangelo berkata, kejadian itu berlaku awal pagi Isnin di Terminal 5.

Ujar beliau, pihaknya mengenalpasti tiga individu tersebut yang menaiki penerbangan ke California dan akan ditahan sebaik sahaja tiba di lokasi yang dituju.

Namun katanya, lapan lagi individu gagal dikesan kerana mereka menaiki penerbangan berbeza.

"Tiga penumpang disahkan tidak menjalani ujian imbasan di pusat pemeriksaan.

"Kejadian ini mungkin hanya mencetuskan risiko kecil terhadap sistem pengangkutan udara negara ini," katanya. - AP

John F. Kennedy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain