suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratu Cantik Perancis Dinobat Miss Universe 2016

Penyandang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach (kiri) menyampaikan mahkota kemenangan kepada ratu cantik Perancis, Iris Mittenaere yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2016, Isnin. -fotoREUTERS

MANILA: Ratu Cantik Perancis, Iris Mittenaere dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Miss Universe ke-65 yang berlangsung di Mall of Asia Arena di Pasay City, Isnin.

Mahkota kemenangan dipakaikan oleh penyandang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach, dari Filipina.

Wakil Haiti, Raquel Pelissier diumumkan sebagai naib juara, manakala peserta Colombia, Andrea Tovar mendapat tempat ketiga.

Wakil tuan rumah, Maxine Medina, tersenarai dalam kelompok enam terakhir pertandingan ratu cantik antarabangsa ini.

Mittenaere, seorang pelajar pembedahan pergigian dari Lille di utara Perancis, menewaskan 85 wanita paling cantik di dunia.

Dalam pusingan soalan terakhir, Mittenaere menekankan manfaat sempadan terbuka ketika ditanya mengenai krisis pelarian global.

"Di Perancis kami mahukan globalisasi seluas mungkin. Kami mahu mempunyai pertukaran rakyat terbesar setakat yang kami mampu. Mungkin suatu hari nanti ia akan berubah tetapi sekarang kami mempunyai sempadan terbuka.

"Mempunyai sempadan terbuka membolehkan kita meneroka ke seluruh dunia dan mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ada di luar sana."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain