suria

Elak Bayar Tiket Masuk Zoo, Lelaki Maut Dibaham Harimau

BEIJING: Seorang lelaki maut dibaham harimau di sebuah zoo di timur China pada Isnin, selepas memanjat tembok hanya kerana tidak mahu membayar tiket masuk, menurut kenyataan rasmi zoo berkenaan.

Sebuah video yang dirakamkan pada Ahad menunjukkan seekor harimau mengheret mangsa yang berlumuran darah di kandang haiwan tersebut di Zoo Ningbo Younger di wilayah Zhejiang.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular di Internet.

Seekor harimau ditembak dan mati sementara kakitangan zoo cuba pelbagai usaha untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

Ini termasuk membakar mercun bagi membuatkan harimau dan rakan-rakannya beredar menjauhi mangsa.

Selepas lebih sejam, Zhang yang cedera parah diselamatkan, tetapi disahkan meninggal dunia di hospital.

Pihak zoo mengarahkan siasatan dijalankan mengenai bagaimana mangsa boleh memasuki kadang harimau sedangkan kedudukannya yang dipisahkan dengan parit dan tembok batu.

Menurut kenyataan pihak yang menguruskan zoo tersebut menerusi akaun Weibo, Zhang tidak membeli tiket masuk.

Tambah kenyataan itu, mangsa membawa isterinya dan dua anak ke zoo, tetapi ketiga-tiga mereka masuk seperti biasa dengan membayar tiket.

Pada 2006, empat pengunjung turut cuba menceroboh masuk ke dalam zoo yang sama dan nyaris maut dibaham singa. – The South China Morning Post





Artikel Lain