Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Kristian Syria - Dunia | mStar

Trump Tandatangani Perintah Utamakan Pelarian Kristian Syria

PRESIDEN Donald Trump pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif yang akan menghadkan imigrasi dan pelarian dari negara-negara majoriti Islam.

Selain itu Trump berkata, beliau mahu Amerika Syarikat memberi keutamaan kepada orang Kristian Syria yang melarikan diri daripada perang saudara di sana.

Trump sebelum ini berjanji untuk melaksanakan beberapa langkah-langkah yang dipanggil "tapisan melampau" semasa kempen pilihan raya tahun lalu dengan berkata bahawa mereka akan menghalang militan daripada memasuki Amerika Syarikat dari luar negara.

Namun kumpulan hak sivil telah mengutuk perintah itu yang dianggap berbahaya dan diskriminasi.

Butiran perintah itu masih belum diperolehi namun dijangka akan dikeluarkan oleh Rumah Putih sedikit masa lagi.

"Saya menetapkan tindakan tapisan baru untuk memastikan pengganas Islam radikal keluar dari Amerika Syarikat. Tidak mahu mereka di sini," kata Trump di Pentagon.

"Kami hanya menerima kemasukan di kalangan mereka yang akan menyokong negara kita," katanya.

Secara berasingan Trump berkata bahawa orang Kristian Syria akan diberi keutamaan untuk memohon status pelarian.

Bagaimanapun pakar undang-undang berkata tindakan mengkhususkan agama tertentu boleh dicabar sebagai melanggar Perlembagaan AS.

Donald Trump , Pelarian , Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Minit 30 Saat Sebelum Kemusnahan Dunia

Artikel Berkaitan

Rahsia Rambut Trump Didedahkan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"