suria

Gempar Penumpang Kereta Api Bawah Tanah Berseluar Dalam

Foto Sina.com

SHANGHAI: Pengguna kereta api bawah tanah (Subway) di Hangzhou digemparkan dengan 10 lelaki yang berani hanya berseluar dalam ketika menaiki pengangkutan awam pada Selasa lalu, ketika negara itu dilanda musim sejuk.

Menurut laporan laman web berita Sina.com, kesemua lelaki itu dikatakan menyahut seruan "Menaiki Subway Tanpa Seluar Sedunia', yang merupakan acara tahunan di seluruh dunia di mana orang ramai menggunakan sistem pengangkutan tanpa memakai seluar.

Acara itu diadakan di kebanyakan bandar dunia pada 8 Januari.

Sejak beberapa tahun lepas, hanya mereka di Hong Kong, Guangzhou dan Shanghai mengambil bahagian dalam 'acara' itu di China.

"Mereka akan dihalang sekiranya mereka hanya memakai seluar dalam ketika memasuki stesen," kata Wu Ting, pengurus di Kumpulan Subway Hangzhou.

Bagaimanapun beliau dilaporkan sebagai berkata: "Tetapi kita tidak dapat menghalang mereka sekiranya mereka menanggalkan seluar itu di dalam kereta api." - South China Morning Post


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain