suria

Nasib 'Budak Bertopeng' Jadi Tanda Tanya

KISAH seorang budak lelaki di China yang lahir dengan miliki dua muka, sekali lagi menjadi perhatian media yang mahu mengetahui nasib budak malang tersebut. 

Hanya dikenali sebagai Huikang, kanak-kanak itu dilahirkan dengan kecacatan pada muka seolah-olah kelihatan seperti dia sedang memakai topeng.

Malah sejak dilahirkan tujuh tahun lalu, Huikang mendapat gelaran sebagai 'kanak-kanak bertopeng' yang diberikan oleh pihak media sebagai usaha menarik perhatian orang ramai bagi membela nasibnya.

Menurut laporan portal Changsha Evening News, Huikang yang lahir pada 4 Mac 2009, berasal dari keluarga petani yang miskin di pekan Zhongsha dekat bandar Xiangtan.

Ibunya, Yi Lianxi mengakui dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa anak sulungnya itu untuk menempuh masa depan yang lebih cerah.

Malah mengimbas kembali detik kelahiran Huikang, Lianxi berkata, doktor pada awalnya enggan menunjukkan bayinya itu selepas dilahirkan.

"Selepas mereka mendesak, akhirnya doktor menunjukkan bayi saya itu dan seluruh tubuh saya terasa lemah.

"Saya melihat Huikang menangis dan saya juga menangis. Hati saya hancur melihatnya," kata wanita berusia 30 tahun itu.

Kisah budak bertopeng itu dilaporkan secara meluas oleh media pada 2010 apabila dia dibawa ke Hospital Tentera di Changsha untuk dirawat.

Malah media meminta orang ramai agar menyalurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan yang mahal untuk memulihkan semula muka Huikang.

Doktor di hospital berkenaan, Wang Duquan ketika itu berkata, kecacatan yang dialami Huikang sangat serius dan jarang ditemui.

"Bukan setakat tisu mukanya mengalami kerosakan, tetapi tulang muka, pipi dan dagunya juga terjejas," katanya.

Huikang menjalani dua pembedahan pada tahun tersebut dan Duquan memaklumkan, kanak-kanak itu perlu menunggu selama 10 tahun untuk melihat sama ada tulang mukanya boleh membesar secara normal.

Bagaimanapun tiada laporan terbaharu tentang  Huikang sama ada pembedahan tersebut berjaya memulihkan semula muka kanak-kanak malang itu.

Budak Bertopeng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain