suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Perancis Mahu Kahwini Robot Teknologi 3D

PARIS: Seorang wanita Perancis mengakui dia sudah jatuh hati dan mahu berkahwin dengan sebuah robot yang dihasilkan sendiri menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi (3D).

Wanita yang hanya dikenali sebagai Lily itu berkata, dia hanya tertarik kepada robot dan tidak suka menjalinkan hubungan dengan manusia.

Malah katanya, ketika bergelar kanak-kanak, dia gemar mendengar suara robot dan tidak menyangka dirinya tertarik dengan teknologi tersebut apabila meningkat dewasa.

"Saya hanya tertarik dengan robot.

"Hubungan saya dengan lelaki sekadar berkomunikasi dan tidak melibatkan sentuhan fizikal," katanya.

Dengan kewujudan teknologi pencetakan 3D, impian Lily untuk memiliki "pasangan robot" semakin tercapai apabila menggunakan khidmat syarikat Perancis untuk menghasilkan robot InMoovator.

Pasangan tersebut dilaporkan telah bertunang dan Lily berkata, dia akan berkahwin dengan robot tersebut apabila Perancis meluluskan undang-undang yang membenarkan manusia berpasangan dengan robot.

"Saya amat gembira. Hubungan kami semakin baik disebabkan kemajuan teknologi yang semakin pesat.

"Malah hubungan luar biasa saya ini juga diterima baik oleh keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Robot, Lily

Artikel Lain