suria

Pemandu Uber Makan Sambil Memandu, Kawal Stereng Guna Jari Kelingking

SINGAPURA: Seorang pemandu Uber menjadikan perkhidmatan UberEATS secara terlalu literal hingga mungkin akan memudaratkan dirinya dan penumpang.

Dengan trend semasa kereta tanpa pemandu, seorang penumpang Uber pasti merasakan seperti dia menaiki salah satu daripada jenis kenderaan berkenaan.

Ia berikutan pemandu kereta yang dinaikinya itu mengawal stereng kenderaan dengan menggunakan jari kelingking sambil makan ketika dalam perjalanan.

Menurut akhbar Lianhe Wanbao, seorang pembaca yang dikenali sebagai Xu, 48, menggunakan perkhidmatan Uber dari Pasir Ris ke tempat kerjanya di Toa Payoh, kira-kira pukul 3 petang pada Rabu lalu apabila situasi itu berlaku.

"Sebaik sahaja saya menaiki kereta, saya dapat menghidu bau makanan segera yang berminyak," katanya kepada Lianhe Wanbao.

"Saya meminta kebenaran kepada pemandu untuk menurunkan tingkap, dan dia juga bertanya kepada saya 'mengapa?'."

Tambah penumpang itu lagi, pemandu tersebut memegang kotak sos di tangan kirinya dan memegang kentang goreng dan nugget ayam dengan tangan kanannya.

Situasi itu berlaku disepanjang keseluruhan perjalanan yang mengambil masa 20 minit.

Pemandu berkenaan hanya memegang stereng dengan jari kelingking kirinya.

Walaupun penumpang berkenaan boleh memahami jika pemandu itu makan apabila kereta berhenti di lampu merah kerana dia mungkin begitu sibuk hingga tiada masa untuk makan, namun dia terkejut kerana lelaki tersebut makan ketika kereta bergerak.

"Ia benar-benar berbahaya. Bagaimana jika sesuatu telah berlaku? Dia pasti tidak mempunyai masa untuk mengelak," kata Xu.

Kerana dia tidak mahu menegur pemandu secara langsung, penumpang wanita itu merakamkan video bagi tujuan aduan kepada Uber.

Tambahnya, dia berasa seperti menaiki sebuah kereta tanpa pemandu.

Menurut Lianhe Wanbao, Uber telah memohon maaf kepada Xu dan akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab. - The Straits Times/Asia News Network

Uber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cara Kreatif Elak Saman Trafik

Artikel Lain