suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hercules Terhempas Korbankan 13 Anggota Tentera Indonesia

PESAWAT Hercules C-130 milik tentera Indonesia terhempas di timur wilayah Papua, hanya beberapa minit sebelum dijadualkan mendarat, sekali gus mengorbankan semua 13 kru dan penumpang.

Ketua Angkatan Tentera Udara, Agus Supriatna memberitahu MetroTV, pesawat itu membawa 12 tan bekalan makanan dan simen itu dalam perjalanan dari Timika ke Wamena sejauh kira-kira 200 kilometer.

Beliau berkata, cuaca buruk dipercayai punca nahas melibatkan pesawat yang membawa tiga juruterbang dan 10 pegawai tentera.

Penerbangan itu bermula pada pukul 5.35 pagi dari Timika dan ia terhempas kira-kira empat minit sebelum dijadualkan mendarat di Wamena di daerah Jayawijaya.

Setakat ini, usaha sedang dilakukan untuk mengeluarkan semua mangsa kemalangan itu.




 


Hercules, Jayawijaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain