suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis Ukraine Cipta Bateri Tahan 12 Tahun

Kiselev menunjukkan bateri yang didakwa mampu bertahan selama 12 tahun tanpa perlu dicas. - Ihsan OddityCentral

KIEV: Seorang saintis Ukraine mendakwa berjaya mencipta bateri yang mampu bertahan selama 12 tahun untuk digunakan sama ada pada telefon pintar atau kereta tanpa perlu dicas semula.

Vladislav Kiselev, seorang pakar di Institut Petrokimia dan Bio-organik Kimia di sini dan profesor di Akademi Sains Kebangsaan, mendedahkan prototaip bateri tersebut semasa menyertai Cabaran Sikorsky baru-baru ini.

Cabaran itu merupakan kejohanan bertaraf dunia yang menampilkan kehebatan saintis untuk mempamerkan hasil ciptaan mereka.

Bateri ciptaan Kiselev berbentuk seperti kotak mancis dan tampak kurang meyakinkan tetapi saintis itu mendakwa alat itu mampu menjana peralatan elektrik selama setahun dan empat bulan tanpa perlu dicas.

Malah bateri itu mampu terus bertahan selama 11 tahun lagi jika dibiarkan begitu sahaja.

Kiselev mendedahkan, baterinya itu menghasilkan tenaga berbanding bateri biasa yang dicipta untuk menyimpan tenaga.

Menurutnya lagi, beliau mampu berbuat demikian kerana menggunakan bahan tritium yang mampu mengeluarkan elektron, selain menambah sel elektrokimia untuk membuatkan bateri itu 1,000 kali lebih berkuasa.

"Saya percaya bahan tritium merupakan bahan tenaga masa depan dan 11 negara maju sedang merancang membina reaktor tenaga antarabangsa dengan menggunakan bahan yang sama.

"Pembinaan reaktor tersebut akan menelan kos berpuluh bilion dolar tetapi bateri yang saya hasilkan lebih murah dan mampu bertahan sehingga 12 tahun," katanya.

Vladislav Kiselev

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain