suria

Isyarat Kebakaran Aktif Paksa Pesawat Cathay Pacific Lencong Ke Rusia

Pesawat Cathay Pacific bersama 230 penumpang dan kru selamat mendarat di Rusia.

HONG KONG: Pesawat Cathay Pacific yang membawa 230 penumpang dan kru dari London ke sini terpaksa melencong ke Rusia pada Rabu pagi selepas isyarat kebakaran diaktifkan.

Insiden itu berlaku kira-kira enam jam selepas pesawat Boeing 777-300ER berlepas dari London pada kira-kira pukul 2 pagi, Rabu.

Penerbangan itu dilencongkan ke Rusia selepas tanda isyarat kebakaran berbunyi di bahagian dek mungkin selepas mengesan haba di bahagian kargo, demikian menurut syarikat berkenaan.

"Ketika ini, tiada bukti menunjukkan adanya kesan kebakaran," kata Cathay Pacific dalam kenyataan.

Syarikat itu juga mengakui tindakan itu diambil kerana pihaknya mengutamakan keselamatan kru dan penumpang.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Novosibirsk di Rusia.

"Tiada laporan kecederaan diterima melibatkan 212 penumpang dan 18 kru dalam pesawat itu," kata syarikat penerbangan itu.

Jurucakapnya berkata, syarikat berkenaan sedang mengusahakan untuk menerbangkan penumpang dan kru ke Hong Kong secepat mungkin. - South China Morning Post

Cathay Pacific, Rusia, Hong Kong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain