suria

Juruterbang Lufthansa Mogok 48 Jam, Ratusan Penerbangan Batal

FRANKFURT: Isu berkaitan gaji juruterbang mengakibatkan syarikat penerbangan Lufthansa membatalkan ribuan penerbangan yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis.

Kumpulan juruterbang itu merancang mengadakan mogok 48 jam sekali gus mengakibatkan gangguan kepada operasi syarikat.

Mogok ke-14 itu dirancang diadakan sehingga jam 12.59 malam waktu tempatan pada Khamis.

Kesatuan Vereinigung Cockpit (VC) dalam kenyataan berkata, semua penerbangan jarak jauh dan jarak dekat Lufthansa ke luar Jerman akan terjejas akibat tindakan itu.

Setakat ini, secara kasarnya 3,000 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu telah dibatalkan dan menjejaskan 100,000 penumpang.

Lufthansa berusaha menghalang mogok berterusan pada Selasa selepas mahkamah buruh Frankfurt terdahulu menolak permohonan mendapatkan injuksi.

Namun hakim di mahkamah buruh negeri Hesse menolak rayuan syarikat itu dan berkata mogok boleh diteruskan.

Kesatuan juruterbang mengumumkan mogok berterusan pada Khamis sebaik keputusan dikeluarkan.

Mogok pada Rabu akan berlanjutan dari tengah malam dan menjejaskan penerbangan jarak dekat dan jauh yang berlepas dari lapangan terbang di Jerman.

Penerbangan oleh pesawat lain Lufthansa termasuk Germanwings, Eurowings, Austrian Airlines, Swiss dan Brussels Airlines, tidak terjejas berikutan mogok itu. - Reuters

Lufthansa, Jerman, mogok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain