suria

Bom Kereta Meletup Di Pattani, Lima Orang Awam Cedera

PATTANI: Lima orang awam cedera dalam satu kejadian letupan bom kereta di sebuah kedai koperasi di Kampung Piya, daerah Yaring di Pattani, Jumaat.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Yaring, Kapt Phavit Krachansri, berkata kejadian pada kira-kira 6.30 petang (waktu tempatan) dan menyebabkan kedai terbabit terbakar.

"Lima mangsa yang tercedera itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 40 tahun," katanya kepada media dan menambah, anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

Pihak berkuasa, katanya, masih menjalankan siasatan tentang motif serangan dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya.

Sementara itu ,di Kampong Eyok, Bachok di Narathiwat, seorang anggota tentera cedera apabila sebutir bom meletup ketika beliau mengawal keselamatan guru dan orang awam.

Penolong Ketua Siasatan Polis Daerah Bachok, Kapt Paiboon Keadam berkata, kejadian berlaku pada 7.50 pagi (waktu tempatan) dan mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
bom kereta, Pattani, Yaring

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saudi Nafi Mansuh Caj Umrah, Haji

Artikel Lain