suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran Kenakan Caj Lebih Untuk Penyokong Trump

RESTORAN Stella yang didakwa mengenakan caj berlebihan terhadap penyokong Trump. - Ihsan ODDITY CENTRAL

NEW YORK: Sebuah restoran popular di Iowa, Amerika Syarikat (AS) dikritik teruk oleh pelanggannya selepas mengenakan caj yang lebih mahal kepada pengundi yang menyokong bakal Presiden Donald Trump.

Restoran Stella yang terletak di Johnson County di Iowa City, menerima kritikan tersebut berdasarkan maklum balas yang diberikan menerusi laman web Yelp dan Google.

Johnson County merupakan satu daripada enam daerah daripada 99 daerah di Iowa yang mengundi untuk calon Parti Demokratik, Hillary Clinton dalam Pilihan Raya Presiden AS.

Trump memenangi undian di Iowa dan kini pemilik restoran itu dipercayai cuba membalas dendam terhadap kekalahan Hillary dengan mengenakan bayaran masuk yang tinggi kepada pengundi wakil Parti Republikan itu.

Berdasarkan maklum balas pelanggan, pengundi Trump dikenakan bayaran tambahan AS$10 (RM43) berbanding penyokong Hillary yang hanya membayar AS$5 (RM22) untuk memasuki premis itu.

Ramai pelanggan yang pro-Trump menyifatkan tindakan pemilik restoran itu sebagai tidak profesional dan menjengkelkan.

Pihak pengurusan Stella enggan mengulas tentang kejadian tersebut tetapi seorang stafnya mengakui kepada rangkaian televisyen KGAN TV bahawa mereka diarahkan untuk mengenakan caj berbeza antara penyokong Trump dan Hillary.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana pihak restoran mengetahui sokongan yang diberikan oleh pelanggannya sebelum memasuki premis tersebut.

Donald Trump, Hillary Clinton

Artikel Sebelum

Saudi Nafi Mansuh Caj Umrah, Haji

Artikel Lain