suria

Taiwan Minta Google, Apple Padam Aplikasi Uber

TAIPEI: Kerajaan Taiwan meminta syarikat teknologi Apple Inc dan syarikat induk Google, Aplhabet Inc untuk mengeluarkan aplikasi Uber Technologies daripada senarai aplikasi yang ditawarkan di negara itu, sekali gus merumitkan lagi pertikaian antara syarikat rangkaian pengangkutan dalam talian tersebut dan pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa Taiwan mendakwa perkhidmatan tersebut beroperasi sebagai teknologi yang berasaskan Internet berbanding sebuah syarikat pengangkutan dan firma itu diarahkan untuk membayar cukai.

Menurut Uber, mereka telah berhubung dengan pihak berkuasa Taiwan dan mematuhi undang-undang tempatan yang telah ditetapkan.

“Uber tidak menjalankan operasi seperti yang dijanjikan. Jadi, kami mencari jalan lain untuk mengeluarkan aplikasi tersebut senarai aplikasi Google dan Apple,” jelas jurucakap bagi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (DGH) negara itu, Liang Guo-guo.

Selain itu, Liang berkata, pihaknya turut meminta aplikasi UberEats yang dilancarkan di Taiwan pada Selasa.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada usaha kerajaan itu akan menjejaskan penggunaan Uber di Taiwan memandangkan pengguna memilik cara lain untuk memuat turun aplikasi tersebut.

Tiada sebarang komen dinyatakan oleh Uber dan Apple berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan Komuniskasi Taiwan dalam kenyataannya berkata, pihak berkuasa negara itu sudah mula mengenakan denda terhadap pengguan UberEATS termasuk menggantung lesen memandu selama dua bulan hingga enam bulan. - REUTERS

Uber, Taiwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahok Akan Didakwa Menghina Agama

Artikel Lain