suria

Penduduk Athens Bantah Lawatan Obama

ATHENS: Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Greece mencetuskan kemarahan penduduk negara itu apabila lebih 7,000 bertindak memprotes di jalanan.

Tindakan itu juga menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan terlibat.

Polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan di pusat bandar Athens, pada Selasa.

Penunjuk perasaan pada mulanya merancang untuk berarak ke arah kedutaan AS, namun terganggu akibat pertempuran dengan polis.

Semua bentuk bantahan diharamkan di kota ini sepanjang lawatan Obama, dan polis bertindak meletakkan bas di sepanjang laluan presiden AS itu.

Protes bertukar menjadi ganas selepas penunjuk perasaan cuba untuk memecahkan kepungan polis di sekitar Parlimen Athens dan kedutaan AS.

Bom petrol turut dilontar ke arah pegawai polis di daerah utara di bandar ini.

Menurut laporan, lebih 5,000 pasukan polis ditempatkan di seluruh bandar untuk membendung penunjuk perasaan. 

Demonstrasi itu bagi menyuarakan bantahan terhadap dasar-dasar AS yang mewujudkan ketegangan dengan negara lain di seluruh dunia, terutamanya dengan Russia dan China. 

Malahan, ada juga kumpulan yang turut membantah pemilihan Donald Trump sebagai bakal Presiden AS. - CNN

Barack Obama, Athens, Donald Trump

Artikel Sebelum

Ahok Akan Didakwa Menghina Agama

Artikel Berikut

Artikel Lain