suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Terlepas Penerbangan, Ibu Buang Anak Baru Lahir

Tandas yang menemukan seorang bayi baru lahir selepas dibuang ibunya kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungan. Foto CEN/Krone

SEORANG ibu warga Nigeria ditahan selepas didakwa membuang anak yang baru lahir dalam tong di tandas lapangan terbang, dengan alasan kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Bayi itu ditemui di dalam beg plastik oleh seorang pencuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna.

Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia kemudian di hospital pada awal pagi Khamis lalu.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek merupakan wanita berusia 27 tahun sebagai ibu kepada bayi berkenaan. 

Menurut laporan media tempatan, suspek menaiki penerbangan dari Minsk, Belarus ke Washington DC, dan memberi keterangan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.

Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang menunggu sebelum dibawa ke hospital.

Wanita berkenaan dilaporkan mendakwa dia beranggapan anaknya mati selepas dilahirkan.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberitahu kematian bayi itu akibat kekurangan oksigen. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain