suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Bakar Hutan Tagih Populariti Di Media Sosial

Pasukan bomba terpaksa bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang dimulakan Mullins.

KENTUCKY: Gara-gara ingin popular di laman media sosial, seorang lelaki dengan sengaja membakar hutan untuk mendapat perhatian ramai.

Johnny Mullins mula membakar kawasan hutan di Jenkins di sini sambil merakam dan umpama wartawan di lokasi kejadian, dia melaporkan perbuatannya di Facebook.

Dailymail melaporkan, pemuda berusia 21 tahun itu  berjaya menarik perhatian 2,400 pelayar menerusi video yang dimuatnaik minggu lepas.

Ketua Polis Jenkins, James Stephen berkata, Mullins ditahan polis susulan tindakannya yang mahukan perhatian.

"Dia suka rakam video untuk Facebook dan pelayar mengikutnya untuk 'laporan cuaca'," katanya.

Akibat kejadian berkenaan, pihak bomba terpaksa menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran.

Pemuda itu akan didakwa atas tuduhan sengaja memulakan kebakaran.

Jenkins, Johnny Mullins

Artikel Sebelum

Artikel Lain