suria

Serangan Udara Pakatan Arab Korban 14 Nyawa

Seorang kanak-kanak Yaman berdiri di depan kediaman yang musnah dalam serangan pakatan Arab Saudi.

SANAA: Serangan udara terhadap lori tangki minyak yang dikatakan membawa bekalan kepada pemberontak menyebabkan sekurang-kurangnya 14 maut.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi Isnin itu, tentera pakatan Arab Saudi bertindak sedemikian sebaik menerima maklumat mengenai kenderaan berat itu.

Sasaran pasukan tentera itu adalah dua lori tangki minyak yang dipakir di tepi jalan ke bandar Yarim dalam wilayah Ibb.

Anggota perubatan serta beberapa saksi berkata, sekurang-kurangnya 11 cedera dalam serangan itu.

Sumber perubatan di hospital Yarim pula memaklumkan, pihaknya menerima 10 mayat termasuk seorang askar.

"Selain itu, 15 mangsa lagi yang cedera turut dibawa ke hospital, sesetengahnya parah sebelum tiga daripadanya meninggal dunia," katanya.

Jurucakap pakatan diketuai Arab Saudi, Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri berkata, konvoi itu dalam perjalanan dari wilayah Ibb membawa senjata dan bekalan lain untuk pemberontak Houthi.- Reuters




Yaman, Arab Saudi, Houthi

Artikel Sebelum

Netanyahu Sokong Had Laungan Azan

Artikel Berikut

Artikel Lain