suria

1MDB: Bekas Pengarah Urusan BSI Dipenjara 18 Minggu, Didenda

Yak Yew Chee.

SINGAPURA:  Bekas Pengarah Urusan Bank Swiss BSI, Yak Yew Chee dipenjara 18 minggu dan didenda S$24,000 (RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah pada Jumaat kerana melakukan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yak, 57, merupakan pengurus hubungan kepada pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan beliau mengurus akaun 1MDB untuk BSI.

Pada Oktober Yak menghadapi tujuh pertuduhan jenayah oleh pihak berkuasa di sini berkaitan dengan siasatan 1MDB di Singapura.

Dalam pengakuan rayuannya, peguam Yak, Lee Teck Leng berkata Yak benar-benar menyesal dan telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Komersial dalam siasatan mereka.

Beliau berkata Yak melakukan jenayah itu atas arahan Low yang bukan sahaja klien utama tetapi hakikatnya pelanggan terbesar BSI.

Susulan mempunyai hubungan dengan Low, beberapa entiti lain turut menjadi klien kepada BSI, kata Lee.

Polis Singapura pada Khamis berkata Low merupakan individu berkepentingan bagi meneruskan siasatan terhadap pertuduhan skim pengubahan wang haram bernilai berbilion dolar itu.


BSI, 1MDB, Yak Yew Chee

Artikel Sebelum

Artikel Lain