Lebih 1,000 Penunjuk Perasaan Bantah Trump - Dunia | mStar

Lebih 1,000 Penunjuk Perasaan Bantah Trump

SEKUMPULAN penunjuk perasan menyertai bantahan terhadap Donald Trump di luar White House [ada 9 November 2016. - EPA

WASHINGTON: Calon Parti Republikan, Donald Trump masih belum diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, tetapi segelintir rakyat negara itu sudah mula melancarkan protes terhadapnya.

Lebih 1,000 orang berkumpul di depan White House termasuk penunjuk perasaan sanggup memanjat pokok pada awal pagi Rabu untuk menyuarakan bantahan terhadap Trump yang bakal mengambil-alih pentadbiran negara.

Malah penunjuk perasaan turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Trump yang memperoleh kemenangan selesa ke atas pencabarnya, Hillary Clinton menerusi keputusan tidak rasmi, 276-218.

Kebanyakan penunjuk perasaan itu dipercayai merupakan pelajar kolej berdekatan.

Selain itu terdapat juga kumpulan penunjuk perasaan membantah dasar imigrasi Trump yang sebelum ini mendakwa mahu menyekat kemasukan orang Islam ke AS.

Artikel Sebelum

Trump Menang, Minyak Turun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti