suria

Lelaki Jerman Tawanan Abu Sayyaf Pernah Ditawan Lanun Somalia

PETALING JAYA: Lelaki Jerman berusia 70 tahun yang kini berada dalam tangan Abu Sayyaf sebelum ini pernah menjadi tawanan lanun Somalia yang menyerbu kapal layar yang turut dinaiki isterinya.

Juegen Kantner dan Sabine Merz telah mengemudi kapal layar mereka - Rockfall melalui Teluk Aden yang berbahaya pada Jun 2008 apabila lanun bersenjata membuat serangan.

Sepanjang pengalaman pahit menjadi tebusan selama 52 hari, mereka terdedah kepada hukuman mati.

Pada Ahad lalu, Kantner belayar melalui perairan Sulu dalam kawasan Tawi Tawi dan nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka apabila kali ini mereka ditawan lelaki bersenjata Abu Sayyaf.

Kantner menjadi tahanan manakala isterinya telah ditembak mati.

Mayatnya ditemui dalam kapal layar itu pada Isnin.

Menerusi penculikan pada 2008, sebuah akhbar Jerman melaporkan bahawa Kantner dibebaskan selepas wang sebanyak AS $600,000 telah dibayar kepada Somalia namun Kantner enggan mengulas mengenainya.

"Ia adalah pengalaman yang paling teruk saya pernah lalui. Ia benar-benar menyakitkan.

"Pada suatu hari saya berkata kepada mereka bahawa saya berharap kapal terbang akan mengebom kami semua...supaya kami boleh mati bersama-sama," Kantner.

Pada Mei 2009, Kantner dan isterinya kembali ke Somalia untuk menuntut semula kapal layar mereka walaupun dicemuh oleh penduduk di Berbera, sebuah pelabuhan Somalia yang dipenuhi lanun Aden.

"Mereka berfikir bahawa saya gila, mereka memanggil saya lelaki kulit putih gila atau kelasi Jerman gila. Mereka tidak tahu betapa pentingnya bot saya kepada saya," katanya.

Lapan tahun kemudian Kantner kembali belayar ke perairan bermasalah.

Kali ini Abu Sayyaf membunuh tawanan mereka, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing.

Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain