Suspek Bunuh Wanita Indonesia Sumbat Mayat Dalam Beg, Kelar Leher Mangsa - Dunia | mStar

Suspek Bunuh Wanita Indonesia Sumbat Mayat Dalam Beg, Kelar Leher Mangsa

Rurik Jutting ketika diiringi polis Hong Kong untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Isnin.

HONG KONG: Dua wanita Indonsia yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di sini ditemui dengan kesan kelar pada leher, manakala mayat seorang lagi disumbat ke dalam beg.

Kejadian itu berlaku ketika suspek, seorang ahli perbankan Britain dalam keadaan khayal akibat pengambilan kokain hingga bertindak mengelar leher mangsa.

Salah seorang mangsanya juga diseksa selama tiga hari, kata pendakwa raya dalam ucapan pembukaan pada perbicaraan terhadap lelaki itu, Isnin.

Pembunuhan dua wanita itu yang membawa kepada penangkapan Rurik Jutting pada 2014 menggemparkan Hong Kong yang selama ini terkenal sebagai bandar selamat.

Tertuduh lulusan Universiti Cambridge itu bertugas di cawangan Bank of America-Merrill Lynch di Hong Kong ketika kejadian.

Mayat mangsa, Sumarti Ningsih, 23, dan Seneng Mujiasih, 26, ditemui di apartmen mewah yang didiami Jutting di kawasan pelacuran Wan Chai.

Jutting mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bunuh dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pada awal perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Stuart-Moore memberi amaran kepada juri, bukti dikemukakan turut termasuk gambar dan rakaman video yang mengerikan.

Jutting merakamkan dirinya bercakap mengenai pembunuhan berkenaan menggunakan telefon bimbit termasuk menceritakan keseronokannya menguasai Sumarti dan tabiatnya menonton filem porno ganas.

Dia turut mengakui tidak mungkin mampu melakukan perbuatan berkenaan jika tidak mengambil kokain. Selepas membunuh Sumarti, Jutting memasukkan mayat mangsa di dalam beg dan meletakkannya di balkoni.

Sebahagian pekerja warga Indonesia mengadakan perhimpunan di luar Mahkamah Tinggi Hong Kong bagi menuntut keadilan atas kematian dua wanita negara itu yang menjadi mangsa Jutting.

Sementara itu, Seneng yang berada di Hong Kong menggunakan visa pembantu rumah, bekerja di sebuah bar, tempat dia mengenali Jutting yang menawarkannya wang untuk seks.

Pada hari kejadian, Seneng dilaporkan menjerit selepas melihat tali berhampiran sofa menyebabkan Jutting menariknya dan mengelar lehernya menggunakan pisau yang disorokkan di bawah kusyen.

Jutting yang khayal akibat menggunakan kokain menghubungi polis. Mereka menemui mayat Seneng sebelum menahan Jutting. Mayat Sumarti ditemui beberapa jam kemudian.

Perbicaraan bersambung hari ini dan juri akan melihat rakaman video yang ditemui di dalam iPhone Jutting.--AP

Rurik Jutting , Hong Kong , Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain