Tahanan Polis Bernikah Di Balai - Dunia | mStar

Tahanan Polis Bernikah Di Balai

JAKARTA: Seorang tahanan polis bagi kes curi motosikal dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah dengan tunangnya di dalam balai polis ibu kota Jakarta, Polis Daerah Metro Jaya di sini, Khamis.

Muhammad Harudin, 20, dan pasangannya Marlena, 19, dinikahkan oleh ketua kampung pengantin perempuan yang berasal dari Lampung, sebuah pulau paling selatan di Pulau Sumatera, Indonesia.

Media-media tempatan pada Jumaat melaporkan perkahwinan yang berlangsung dalam suasana menyedihkan itu turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua pengantin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya, Budi Hermanto dipetik sebagai berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan majlis pernikahan itu atas permintaan ibu bapa keluarga masing-masing yang memaklumkan bahawa Marlena sedang hamil anak Muhammad Harudin.

"Atas aspek kemanusiaan, kita membenarkan mereka mengakad nikah dan majlis itu hanya upcara akad nikah sahaja," katanya.

Muhammad Harudin yang juga berasal dari Lampung sepatutnya menikahi Marlena pada 20 Ogos lepas dan semua persiapan untuk majlis kenduri perkahwinan di rumah masing-masing telahpun diatur oleh keluarga mereka.

Bagaimanapun dia tidak dapat pulang ke Lampung untuk melangsungkan perkahwinannya kerana ditangkap polis ketika sedang berurusan untuk menjual motosikal curi di sini pada 17 Ogos lepas.

Ketua Kampung Desa Pelindung Jaya, Lampung Timur, Abdul Wahab memberitahu pemberita, setelah majlis perkahwinan di kampung terpaksa dibatalkan, pihak keluarga bersetuju membuat rayuan kepada polis agar pasangan itu tetap diijab kabul kerana Marlena telah hamil empat bulan.

Katanya, setelah rayuan mereka diterima, pihak keluarga menyewa kereta untuk berangkat dari Lampung Timur ke Jakarta dan terpaksa menempuh perjalanan jauh demi menyaksikan pasangan tersebut menikah.

"Kami berangkat dari pukul 9 malam dan baru sampai Jakarta pukul 7 pagi dan saya menasihati Hairudin supaya insaf kerana terpaksa melangsungkan acara mulia di tempat yang tidak mulia iaitu dalam lokap polis," kata beliau.

Sebaik selesai majlis akad nikah, mereka terpaksa meninggalkan Muhammad Hairudin dalam lokap kerana tempoh tahanan pengantin lelaki itu masih panjang ekoran kesnya masih belum didakwa di mahkamah. - BERNAMA

Tahanan , Jakarta

Artikel Sebelum

Bangkok Ungguli Senarai Bandar Destinasi Dunia

Artikel Berikut

2017 Tahun Israel Akhiri Penjajahan - Abbas

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain