suria

Pesawat Langgar Burung Mendarat Cemas

MADRID: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Lufhansa dari Jerman, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara mengalami kerosakan di bahagian muncung akibat dirempuh seekor burung hering pada ketinggian 1,524 meter.

Mengulas tentang kejadian itu yang berlaku pada Khamis lalu, kapten pesawat yang enggan dikenali berkata, dia tidak sempat mengelak burung tersebut yang tergolong dalam spesies terancam, ketika mahu melakukan pendaratan.


Namun dia berasa lega kerana pelanggaran terbabit tidak menyebabkan kejadian yang lebih buruk, sebaliknya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat.

Imej yang menunjukkan kesan pelanggaran itu turut dimuat naik dalam Internet dengan bangkai burung malang tersebut masih melekat pada muncung pesawat terbabit.

Selain itu, pesawat Lufthansa mengalami kerosakan teruk pada bahagian muncung ketika dalam penerbangan dari Munich ke lapangan terbang Palma, sebuah pulau yang terletak di Mallorca, Sepanyol.

Jumlah penumpang yang menaiki penerbangan 1821 itu tidak diketahui tetapi syarikat Lufthansa mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Susulan kejadian tersebut, penerbangan pesawat itu ke Bavaria dibatalkan dan penumpang dialihkan ke penerbangan lain.

Burung, Pesawat

Artikel Berikut

Artikel Lain