suria

Indonesia Minta Sebahagian Kuota Haji Negara Jiran

INDONESIA telah meminta kuota haji yang tidak digunakan Filipina, Jepun dan Singapura, demikian kata Presiden Joko Widodo.

"Permintaan itu disampaikan semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Duterte," kata presiden yang dikenali sebagai Jokowi itu, lapor kompas.com pada Isnin.

Pertemuan itu diadakan ketika Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia minggu lalu.

Kata Jokowi, permintaan sama telah dikemukakan kepada Jepun dan Singapura.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Indonesia akan mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan negara berkenaan bagi mengelak sebarang masalah, seperti penahanan 177 jemaah Indonesia oleh pihak berkuasa Filipina kerana menggunakan pasport palsu.

Menurut Jokowi, Indonesia juga telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Arab Saudi untuk menambah kuota haji.


Indonesia, Jokowi, Duterte, haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain